welcome


Isnin, 12 Disember 2011


Masa bersukan pun kita boleh solat


Semasa Mendaki
Tengah bekerja dan kawasan yg terhad


                                        Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu

Kewajipan Solat

Dan dirikanlah solat pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat. (Surah Hud, Ayat 114)

Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan rukuklah bersama-sama orang yang rukuk. Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu lupakan diri (kewajiban)mu sendiri, pada hal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir. Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu amat berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Iaitu) Orang-orang yang menyakini bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya. (Surah Al Baqarah, Ayat 43-46)

Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah Al Ankabut, Ayat 45)


Ya Allah bertapa kami hamba-hamba Mu di akhir zaman ini sentisa lalai dan alpa dalam menngejar duniawi. Ampunilah dosa kami sesungguhnya kami hamba Mu yang lemah. Bertapa beruntung lah mereka-mereka yang sentiasa mengingat Mu tak kira masa dan tempat. Amin Ya Allah.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

amin....moga Allah melindungi hamba-hambanya